Rekod serangan Rubela Penyakit_Rubela

Penyakit Rubela ditakuti kerana rekod serangannya yang menakutkan. Ketika wabak Rubela merebak di Amerika Syarikat pada tahun 1967-1965, lebih 20,000 bayi telah dilahirkan cacat. Wabak Rubela juga dikatakan menyebabkan sekurang-kurangnya 10,000 kes keguguran dan bayi yang lahir mati sejurus dilahirkan.Dianggarkan 25 peratus bayi yang mendapat jangkitan rubela pada tiga bulan pertama usia kandungan dilahirkan dengan satu jenis atau lebih kecacatan. Ibu-ibu yang mendapat jangkitan rubela selepas trimester yang kedua, risiko mendapat sindrom konginetal rubela boleh menyebabkan masalah lain seperti:

  • Lahir tidak cukup bulan
  • Berat badan yang kurang
  • Masalah makan
  • Cirit-birit
  • Jangkitan kuman dalam paru-paru
  • Anemia
  • Radang paru-paru
  • Mudah mengalami pendarahan
  • Bintik-bintik merah ungu pada muka dan tubuh
  • Pembengkakan hati dan limpa